28 C
George Town
Saturday, July 13, 2024

Siapakah yang mendidik Ummah?

Mesti Baca

ARUS masyarakat adalah Pendidikan tidak rasmi kepada masyarakat. Pandangan Umum masyarakat terhadap sesuatu perkara di bentuk oleh ilmu yang ada dipersekitaran mereka. Apa yang berlaku di dalam radius kehidupan mereka itulah ilmu mereka, modal sembang di sekeliling mereka, Apa yang mereka dapat dalam medsos, Cerita yang ditonton di TV atau Ph…itulah yang membentuk budaya fikir masyarakat.

Masyarakat secara umum akan “Go with the Flow” or follow the crowd.

Arus yang kuat dalam masyarakat akan mendominasi budaya fikir masyarakat. Ahli politik yang gila kuasa sudah membentuk arus dan masyarakat umum sudah muak dengan ahli politik. Sekarang arus liberal sangat kuat. Arus yang menganggap golongan agamawan adalah penunggang agama juga sudah makin kuat. Arus sexual bebas, porno dan parti liar sudah makin kuat di kalangan remaja dan belia. Arus kebebasan sudah mendominasi.

Para Dua’t duduk di bilik aircond mencatur kuasa atau mengatur strategi dan mengulas perkembangan semasa. Pada masa yang sama ahli masyarakat lemas dalam arus dunia tanpa bimbingan.

“Mereka” ingin kuasa untuk menyelamatkan umat dan mengurus masyarakat dengan adil dan berintigriti…..TETAPI peluang yang ada di depan mata untuk membantu Ummah , dibiarkan.

Inilah dilemma …Apakah yang akan kita jawab di depan Allah?

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru