Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perlembagaan Malaysia, namun realitinya hari ini ramai anak Malaysia masih gagal menguasainya dengan baik — termasuk sebahagian pimpinan politik sendiri. Apabila pemimpin tidak mampu bertutur dan berfikir dengan kemas dalam bahasa kebangsaan, mesej perpaduan menjadi longgar dan tidak berjiwa.
i. Kegagalan menguasai Bahasa Melayu memberi kesan besar:
ii. Sukar membina naratif kebangsaan bersama
iii. Wujud jurang emosi dan kefahaman antara kaum
iv. Bahasa menjadi simbol pengasingan, bukan penyatuan
v. Rakyat hilang rasa “kita” sebagai satu bangsa
Sejarah membuktikan bahasa ialah teras pembinaan tamadun dan nation building. Tanpa penguasaan bersama terhadap Bahasa Melayu, perpaduan hanya tinggal slogan, bukan realiti yang hidup dalam jiwa rakyat.
Jika kita benar-benar mahu menyatukan masyarakat:
- Bahasa Melayu mesti dimartabatkan bukan secara simbolik, tetapi secara praktikal dan berwibawa
- Pemimpin wajib menunjukkan contoh dan teladan
- Sistem pendidikan perlu melahirkan generasi yang fasih, yakin dan berbangga dengan bahasa kebangsaan
Bangsa yang gagal menyatukan bahasanya, sukar menyatukan hatiny



