26 C
George Town
Friday, July 12, 2024

Junior Transfomers, Terminators tunjuk belang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR: Hari pertama Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Campuran BAM menyaksikan pasukan Junior Transfomers dan Junior Terminators melakar kemenangan sulung selepas menewaskan lawan masing-masing.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan yang menyaksikan Juniors Transformers menang 7-5 ke atas Junior Avengers manakala Junior Terminators menewaskan Junior Dominators 7-6 pada aksi yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara, di sini, hari ini.

“Saya katakan kepada mereka, kita menang sama-sama, kalah sama-sama. Semua pemain sudah berikan yang terbaik dan yang tidak beraksi pada hari ini juga memberikan sokongan pada.

“Saya juga beraksi dengan baik dalam kedua dua perlawanan terutama ketika menentang Jacky (Kok). Saya hanya bermain dan tidak terlalu memikirkan tentang tekanan dan rakan-rakan banyak memberikan kata-kata semangat,” kata kapten Junior Transformers, Justin Hoh.

Justin menyumbang dua mata buat pasukan dalam perlawanan itu menerusi kemenangannya dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki.

Dia menang ke atas Jacky 15-10, 8-15, 15-6 dalam acara perseorangan sebelum melakar satu lagi kemenangan dalam acara beregu lelaki menerusi gandingan bersama Wan Muhammad Arif yang menyaksikan mereka mengatasi pasangan Beh Chun Meng-Liew Xun 15-11, 15-11.

Hari kedua esok, Junior Terminators akan menentang Junior Transformers manakala Junior Avengers turun berdepan Junior Dominators

Sumber berita dari Berita Harian Online, Kredit kepada penulis Helmi Talkah

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru