30.7 C
George Town
Monday, October 14, 2024

KITA MENANG…

Mesti Baca

Himpunan 2 tahun lalu telah membuahkan hasilnya hari ini.

GEORGE TOWN: Projek tiga pulau di Pulau Pinang menghadapi rintangan selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) membenarkan rayuan nelayan yang mahu ia dibatalkan kerana menjejaskan punca pendapatan mereka.

Unit Nelayan Sungai Batu, yang terjejas secara langsung akibat Projek Pulau Pinang Selatan (PSI), merayu terhadap kelulusan terdahulu yang diberikan JAS pada Julai 2019. Difahamkan, pemaju mungkin perlu memfailkan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) yang baharu jika mereka mahu meneruskan projek mega itu.

Keputusan yang memihak kepada Unit Nelayan itu diumumkan peguam Meenakshi Raman dalam sidang media maya hari ini.

Unit itu yang diketuai Zakaria Ismail, 63, terdiri daripada 185 nelayan dari selatan pulau itu. Keputusan itu dibuat lembaga rayuan alam sekitar dengan tiga anggota yang diketuai Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub

Dalam menerbalikkan kelulusan PSI, Rozina berkata, ketua pengarah JAS sudah memberi kebenaran menggunakan draf pelan struktur, yang belum dipersetujui gabenor, oleh itu ia tidak sah.

Keputusan itu dibuat lembaga rayuan alam sekitar dengan tiga anggota yang diketuai Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub.

Dalam menjelaskan keputusan lembaga itu, Meenakshi berkata, pemaju projek sudah meminta kelulusan untuk EIA berdasarkan versi draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030.

Katanya, pelan itu yang merupakan rangka tindakan perancangan bandar peringkat makro, belum diluluskan gabenor ketika penghujahan.

Pelan struktur itu hanya diluluskan gabenor pada 28 Ogos 2019 dan disiarkan dalam warta negeri pada 24 Okt tahun sama.

Ia dilaporkan permohonan EIA untuk projek PSI dibuat lebih awal pada 21 Jun 2019 dan diluluskan dalam tempoh dua hari, dengan kerajaan Pulau Pinang berkata ia adalah usaha keras selama dua tahun.

Disebabkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 masih berkuat kuasa ketika itu, lembaga berkenaan berkata, projek yang dicadangkan itu tidak sah.

“Lembaga itu turut mempertimbangkan jika mereka boleh mengawal selia dan mengatasi kecacatan ini, tetapi kemudiannya mendapati ia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Dengan mempertimbangkan semua faktor, lembaga itu mengetepikan kelulusan terdahulu yang diberikan ketua pengarah JAS kerana ia adalah ultra vires, tidak sah dan batal mengikut Seksyen 34A (4) (a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.”

Meenakshi berkata, keputusan lembaga itu adalah muktamad dan tiada kaedah lain untuk merayu, tetapi pemaju boleh memohon EIA lain untuk pertimbangan JAS.

Prosiding lembaga itu adalah yang pertama sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikuatkuasakan.

Selain Rozina, anggota lain dalam panel itu adalah pakar alam sekitar – Mazlin Mokhtar dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ramdzani Abdullah dari Universiti Putra Malaysia.

Zakaria Ismail.

Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail sebak selepas mendengar keputusan lembaga itu.

Katanya, ia adalah perpaduan nelayan dan NGO Pulau Pinang yang menyumbang kepada kejayaan rayuan itu.

“Saya sedih selama ini kerana memikirkan projek itu akan diteruskan. Kami bergantung hidup kepada hasil tangkapan di kawasan yang dicadangkan untuk penambakan itu. Ia sangat penting kepada kami, keselamatan makanan dipertaruhkan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka, termasuk peguam yang tampil membantu. Hari ini, Allah makbulkan doa kami.”

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru