29.9 C
George Town
Wednesday, October 9, 2024

Rahsia Kejayaan Pak Mat Western: Terap Nilai Islam Dalam Perniagaan

Mesti Baca

Bermula dengan hanya enam buah meja makan dan menumpang di sebuah gerai makan di Bukit Minyak dekat Juru, pemilik restoran Pak Mat Western kini mampu tersenyum selepas restoran itu menjadi ‘viral’.Seorang daripada pemilik restoran itu, Nor Qaiyum Muhamad, 25, berkata walaupun tidak berkelulusan tinggi dalam pelajaran, semangat ingin berjaya dalam bidang keusahawanan bersama lima adik-beradik mengatasi segalanya sehingga restoran mereka berjaya menjadi antara pilihan penggemar makanan Barat di negeri itu.

“Untuk menambah keberkatan sepanjang menjalankan perniagaan, saya akan memastikan kebersihan pekerja dengan memeriksa kuku dan menyediakan kelengkapan dandanan diri kepada setiap kakitangan,” katanya yang sering terlibat dengan pelbagai aktiviti dan kegiatan kemasyarakatan selain mengadakan majlis korban setiap kali Hari Raya Aidiladha.

Nor Qaiyum berkata keselesaan pengunjung untuk beribadat juga sangat dititikberatkan dan restoran itu turut menyediakan surau bagi pengunjung yang ingin menunaikan solat.“Pada bulan Ramadan, kami juga ada menyediakan kaunter khas bayaran zakat fitrah di restoran bagi memudahkan umat Islam menunaikan ibadah zakat.

Kami juga berkongsi rezeki yang diperoleh dengan menjemput pelajar miskin makan di kedai tanpa bayaran,” katanya.Bermula dengan modal sebanyak RM10,000, hari ini Pak Mat Western beroperasi dengan 70 orang kakitangan serta dikunjungi lebih dari 500 orang pelanggan setiap hari.

Alhamdulillah…inilah qudwah yang baik untuk peniaga Pulau Pinang

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru