25.8 C
George Town
Friday, March 21, 2025

Liberalisme Pembunuh identiti Islam di Malaysia

Mesti Baca

Hari ini kita berhadapan dengan perjuangan liberalisme yang mendominasi arus pemikiran masyarakat. Perjuang Liberalism ini adalah berteraskan ilmu nilai kemanusian TANPA campur tangan agama atau sebarang kepercayaan. Mereka memberi penafsiran kepada semua peristiwa menurut naratif Liberalisme. Sejarah dianalisa dan diberi penafsiran berdasarkan acuan ini. Inilah arus dunia hari ini. Inilah “new World Order” yang sering dibincangkan dalam kontext Politik tetapi yang sedang berjalan kuat adalah pencairan identiti.

Kebudayaan India, China, Korea, Jepun, Afrika, Nusantara dan Arab semuanya dicairkan dan dibentuk mengikut acuan baru kehidupan manusia secara global yang dipanggil “liberalisme”. Musuh kepada agenda liberalisma ini adalah kepercayaan ketuhanan. Islam adalah agama yang sangat kuat pegangan tauhid maka berlaku serangan pencairan akidah umat Islam.

Inilah cabaran umat Islam hari ini apabila bilangan bijak pandai dikalangan sejarawan dan pengkaji saintis masyarakat dikalangan Umat Islam sangat sedikit dan tidak menonjol dalam mendidik masyarakat. Akhirnya , aktivis liberalisme mendominasi acuan pemikiran masyarakat.

Mereka membina tasawwur (world view) Umat Islam mengikut selera acuan mereka. Akhirnya lahirlah generasi Umat Islam yang bernama Islam, beragama Islam tetapi mempunyai budaya fikir dan kehidupan yang sangat menyimpang dengan Islam.

Contohnya, arus perjuangan menegak hukum Islam dianggap jumud dan backward walhal ini adalah seruan Allah. Mereka membina plot dan naratif seolah sesiapa yang berbicara tentang hukum Islam dianggap golongan fundamentalist yang dipandang seolah terrorist. Seruan menegak hukum undang-undang Islam dianggap sebagai anti permodenan. Masyarakat diasak saban hari untuk tidak berbicara tentang undang-undang Islam atau hukum Allah, akhirnya kita dapat lihat hari ini perjuangan untuk menegakkan hukum dan undang-undang Allah tidak lagi kedengaran.

Ironinya, perjuangan yang menyimpang dengan Islam diangkat dan dijadikan topik perbincangan. Sebgai contoh, LGBT adalah jelas haram didalam Islam TETAPI golongan liberalisma masih mempunyai “reserve” tentang LGBT di Malaysia. 20 tahun dahulu, LGBT tidak akan disebut atau dijadikan topik perbincangan kerana masyarakat dididik untuk memandang jijik perkara yang haram dan jelas haram itu. Hari ini, LGBT ada hak untuk dijuangkan . Barat merupakan “tokguru” kepada agenda liberalisma. Di barat, LGBT adalah sebahagian daripada komuniti dan diberi hak untuk mengamalkan orientasi sexual mereka.

Inilah perancangan mereka. Membina acuan baru umat manusia. Melahirkan nilai baru, budaya baru dan kehidupan manusia.

Saintis Sains Sosial Islam bertarung untuk membina acuan Islam sebagai teras pembinaan kehidupan manusia. Amat perlu bilangan saintis sains sosial ini ditambah dan di beri ruang untuk membina tasawur unik tanpa mengikut acuan liberalisme. Inilah perjuangan. Ramai bijak pandai orang Melayu Islam menjurus ke bidang Sains tulen kerana habuan kerjaya yang menarik. Ini meninggalkan kelompongan yang besar dalam dunia pengkajian sains masyarakatan.

Kita perlu izzah dengan Islam sebagai sistem kehidupan yang syumul. Wahyu sebagai panduan asas dalam kajian pembinaan masyarakat. Inilah jalannya, walaupun sukar tetapi tidak ada jalan lain.

Langkah pertama adalah menyuntik kembali kesedaran hidup beragama kepada masyarakat. Apakah ertinya aku menganuti Islam?  Apakah dasar-dasar Islam? Apakah tasawur kehidupan yang perlu ada kepada umat Islam?

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru