Isu Rohingya adalah isu kemanusian TETAPI isu kebanjiran warga CHINA adalah isu Kedaulatan Negara
Ummah Plau Pinang menasihat pihak-pihak tertentu supaya tidak mengalihkan perhatian tentang isu kebanjiran pelancong China tidak pulang ke negara asal dengan cerita pelarian Rohingya.
Isu pelarian Rohingya segaja dijadikan topik utama untuk mengalihkan pandangan mengenai desakan kepada kerajaan supaya menyiasat kebanjiran rakyat China yang terlalu ramai sehingga mendapat kad pengenalan secara haram

Data Ketua Audit Negara 2018 menunjukkan seramai 79 799 orang pelancong China tidak mempunyai rekod pulang ke negara asal.
Menurutnya, berdasarkan statistik laporan audit Negara 2018, sejumlah 76,258 pelancong China dan 39 806 dari India yang gagal dikenal pasti lokasi mereka dan dipercayai terus tinggal dalam negara ini sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Angka ini amat mengejutkan kerana kita sedia maklum terdapat ramai rakyat China terjebak dalam sektor pelacuran, perkhidmatan rumah, judi dan pelbagai aktiviti tidak bermoral lain di Malaysia sejak kebelakangan ini.
Kebanyakan mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial atau visa pelajar apabila dicekup pihak berkuasa dan senario ini sebenarnya wajar mencetuskan kebimbangan mengenai ancaman lambakan Pati dalam kalangan dua negara ini.
Presiden Matta, Datuk Tan Kok Liang berkata, Malaysia boleh meningkat dan menjadi destinasi percutian pelancong jika kerajaan memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong terutamanya dari China dan India. Langkah melonggarkan syarat kemasukan pelancong China dan India ke negara ini sebenarnya bakal mewujudkan lambakan PATI.