25 C
George Town
Friday, March 21, 2025

DEMI SEBUAH MARUAH: Sokong Agenda Perkasa Ekonomi Umat Islam

Mesti Baca

Pada tahun 1734, Batu Uban telah dibuka oleh orang-orang Melayu daripada Pagar Ruyong diketuai oleh Mohamad Salleh (Nakhoda Intan). Bagaimanapun, sejarah telah diputarbelit dengan mengagungkan Francis Light sedangkan dia hanya sampai di Pulau Pinang pada 1786 iaitu 52 tahun lebih lewat. Hal ini membuktikan peri pentingnya orang-orang Melayu di Pulau Pinang wajib mempertahankan maruah mereka sebagai pemilik asal mutiara bertuah ini, walaupun berlaku perubahan demografi.

Naratif tersasar yang cuba disuntik di dalam pemikiran orang-orang Melayu Pulau Pinang bahawa mereka adalah golongan minoriti adalah tidak benar. Hal ini sengaja dijaja untuk melahirkan rasa “inferiority complex” di kalangan mereka. Ianya mengusik momentum kehidupan politik, ekonomi dan sosio-budaya orang-orang Melayu di Pulau Pinang walaupun pada dasarnya mengikut statistik terbaru mereka masih lagi rakyat majoriti di negeri ini.

Menginsafi situasi ini, UMMAH Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 13hb Januari 2019 bagi mendepani semua isu tempatan dan nasional khususnya melibatkan Melayu dan bumiputera Islam serta pemangkin kepada kebangkitan ummah keseluruhannya. Pada masa ini, UMMAH Pulau Pinang menaungi gabungan lebih 35 NGO yang akan terus bergerak ke hadapan memacu perjuangan ini secara tuntas dan berterusan.

Kebangkitan isu-isu perkauman, keagamaan, gangguan terhadap perlembagaan negara serta permasalahan rakyat saban hari semakin ketara dan membimbangkan. Situasi ini diburukkan lagi dengan pelbagai fitnah yang menular di media maya sehinggakan menimbulkan persepsi yang tidak terarah. Jika semua rakyat menghormati kontrak sosial yang merupakan asas kemerdekaan negara pada 1957 dahulu, maka suasana akan selamat, aman dan sentosa.

UMMAH Pulau Pinang juga melancarkan Portal dan Buletin Tanjung.my bagi menyalurkan maklumat yang adil dan betul untuk rakyat Pulau Pinang. Kempen Beli Produk Muslim akan menjadi fokus awal demi membantu perkembangan ekonomi bumiputera Islam, antaranya sebagai tapak pengiklanan terbaik untuk memasarkan produk dan meningkatkan kualiti perniagaan mereka.

Demi mempertahan dan mengembalikan maruah umat Islam Pulau Pinang, bukan setakat kemenangan politik tetapi kehebatan ekonomi. Dengan kesedaran ini, bersamalah kita menyokong dan juga mendokong kempen ini demi kekuatan agama, bangsa dan negara kita.

Mohd Akhir Che Mat
Pengerusi
UMMAH Pulau Pinang

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru