Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukan sebanyak RM71.13 juta untuk pembangunan Islam dalam bajet 2022. Peruntukan tersebut merangkumi peruntukan bagi pengurusan jabatan-jabatan negeri membabitkan hal ehwal Islam serta juga pembangunan masjid dan surau. Selain itu ia juga merangkumi program yang berteraskan Islam serta pembangunan institusi pendidikan Islam.
Trend sebelum ini menunjukkan perbelanjaan memfokuskan kepada pengurusan jabatan dan agensi kerajaan dan pembangunan insititusi Pendidikan. Trend ini perlu satu anjakan. Perbelanjaan tahunan yang melibatkan pengurusan tanpa ada peruntukkan besar untuk pembangunan masyarakat Islam berteraskan Islam akan merugikan. Pembangunan masyarakat perlu meliputi aspek Pendidikan, Modal Insaniah dan Ekonomi.
Pembangunan Islam Pulau Pinang perlu wawasan tersendiri dengan kajian yang menyeluruh. Pembangunan ini perlu dijayakan secara berfasa dan bersepadu. Oleh itu, Pulau Pinang amat memerlukan unit kajian pembangunan Islam Pulau Pinang. Unit kajian ini boleh menjadi rujukan dan menjadi blue print kepada pembangunan masyarakat Islam Pulau Pinang. Pulau Pinang mempunyai institusi pengajian Tinggi seperti USM yang mempunyai institusi Pembangunan Islam (ISDEV). Malah, pengasas ISDEV Professor Dr Muhammad Syukri Salleh adalah rujukan pengkaji-pengkaji pembangunan pengurusan Islam yang disegani di rantau ini.
Perancangan semalam adalah realiti hari ini, perancangan hari ini InsyaAllah realiti hari esok. Oleh itu, langkah segera perlu diambil. Keberanian mengambil langkah ini akan menyelamatkan masyarakat Islam dari polemic politik yang tidka berkesudahan. Pembangunan Islam Pulau Pinang perlu dinaungi oleh TYT Pulau Pinang sendiri agar perubahan politik tidak mempengaruhi fasa pembangunannya.