Seluruh masjid dan surau di Pulau Pinang diseru mengadakan solat jenazah ghaib buat ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi selepas solat Isyak malam ini.Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata solat jenazah ghaib tersebut dibuat sebagai tanda penghormatan kepada tokoh yang banyak berjasa kepada umat Islam khusus dalam pembangunan pendidikan, kerohanian dan dakwah.