25.8 C
George Town
Friday, March 21, 2025

BELANJAWAN 2023: 1.5 Bilion untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam

Mesti Baca

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengumumkan peruntukan berjumlah RM372.3 bilion untuk Bajet 2023.Jumlah itu meningkat RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan bagi 2022. Belanjawan tahun ini memperuntukkan 1.5 bilion khusus untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Peruntukan ini sama seperti tahun 2022.

Pembangunan hal ehwal Islam perlu di anjakkan baru berasaskan data dan strategi yang bertepatan. Pembangunan Islam perlu mempunyai unit kajian pembangunan khusus untuk membuat kajian dan seterunya mencadangkan kaedah pembangunan Islam yang mampan.

Dua agensi yang boleh dikembangkan adalah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia. Dua agensi ini sangat relevan untuk digemblengkan di bumi Pulau Pinang. Pulau Pinang berhadapan dengan cabaran penguasaan hak milik tanah yang makin berkurangan dikalangan umat Islam. Tanah Umat Islam Pulau Pinang yang diwakafkan perlu dibangunkan dengan skop yang lebih luas dan tidak terbatas dengan insititusi pendidikan atau masjid semata-mata.

Agensi YaPEIM dan Yayasan Wakaf Malaysia boleh mengembangkan sayap mereka ke bumi Pulau Pinang dengan perancangan pembangunan tanah wakaf. Langkah ini penting untuk memangkinkan usaha yang dibuat diperingkat agensi kerajaan negeri. Hasil akhir adalah pembangunan Islam di bumi Pulau Pinang makin berkembang. Pemilikan bank tanah sebagai simpanan pembangunan akan datang juga adalah bentuk pelaburan yang boleh di kembangkan oleh agensi yang terliubat dengan wakaf.

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru