27 C
George Town
Monday, November 4, 2024

Pulau Pinang adalah pusat Sekolah UEC

Mesti Baca

No photo description available.

UEC adalah singkatan bagi Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Bersama yang diduduki oleh pelajar-pelajar sekolah persendirian cina. Menurut Dong Zhong (Persatuan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina Bersatu Malaysia) sijil ini telah diiktiraf di banyak negara seperti Taiwan, China dan beberapa negara Eropah sebagai kelayakan untuk memasuki universiti di negara-negara tersebut. Di Malaysia, sijil ini masih belum diiktiraf sebagai kelayakan untuk kemasukan ke universiti awam  walaupun banyak universiti swasta di negara ini telahpun mengiktiraf sijil ini. Di Sarawak, lulusan UEC ini  boleh diterima untuk bekerja di sektor awam Kerajaan Sarawak manakala di Pulau Pinang, lulusan UEC ini boleh diterima untuk bekerja di anak syarikat milik kerajaan negeri. Peperiksaan UEC ini dikelolakan sepenuhnya oleh Dong Zhong sejak 1975.dan bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

kemasukkan pelajar cina ke dalam sekolah aliran kebangsaan menunjukkan trend yang menurun dengan sangat drastik.

Boleh dilihat kelangsungan ini adalah untuk manfaat sesuatu kaum sahaja dan kaum ini boleh mengambil sikap tidak acuh tentang perpaduan nasional, falsafah pendidikan nasional dan dasar pendidikan nasional yang telah di adun untuk kebaikan semua, JIKA UEC diiktirafkan. Itu belum lagi menyentuh tentang perkara Bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi “lingua franca” rasmi untuk semua kaum di negara ini yang akan turut terkesan jika UEC ini diiktirafkan.

Oleh itu, mari kita fikirkan, perlu ke iktiraf UEC ini? Pulau Pinang telah menunjukkan bukti jelas, ramai kaum cina gagal berbahasa Melayu dan gagal memahami aspirasi negara. Cuba tanya Rukun Negara….

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru