Sejak dari merdeka , pelbagai dasar diperkenalkan dalam gagasan pemerintahan negara. UMNO dan PAS sebagai parti induk bangsa Melayu dan umat Islam telah diberi peluang memerintah sama ada di peringkat negeri ataupun di peringkat persekutuan.
Apa yang pasti, setelah 63 tahun merdeka. Negara masih mencari identiti. Negara tidak mempunyai identiti yang jelas. Adakah negara ini negara Islam? Apakah budaya tonggak negara ini? Apakah bahasa negara ini? Apakah sistem pendidikan Negara ini membenarkan pelbagai aliran pendidikan seperti sekolah vernakular?
Kemajmukan dan kerencaman bangsa di Malaysia adalah hadiah daripada penjajah. Kemajmukan ini menyebabkan negara sukar membina identiti kerana pemimpin negara yang lemah dan tidak tegas. Tamparan pertama adalah lahirnya Singapura yang dahulunya adalah watan Umat Islam di Nusantara ini. Tamparan kedua adalah peristiwa 13 May 1969. Tamparan ketiga adalah kegagalan demi kegagalan dasar negara. Pelbagai pendekatan dan dasar seperti Dasar Penswastaan, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan / Bahasa Baku, Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Perhutanan Negara, Dasar Pemakanan Negara, Dasar Perpaduan Negara dan banyak lagi dasar terus menampakkan kegagalan.
Bukan itu sahaja, Syarikat GLC juga mengikut jejak langkah yang sama. syarikat-syarikat kerajaan GLC seperti PERWAJA, FGV, MODENAS, SYABAS, PROTON, KLCC, KLIA, KL Sepang circuit, Koridor Raya Multimedia (MMC), dan beratus-ratus lagi ada yang sudah gulung tikar atau terumbang ambing.
Gagasan besar negara seperti Wawasan 2020,Islam Hadhari, 1Malaysia hanya tinggal kenangan.
Persoalannya kenapa?
Jawapan mudah adalah Ahli Politik !
Ahli politik bersandiwara dihadapan pengundi untuk membeli hati dan jiwa pengundi. Kononnya pejuang Islam, pejuang Melayu… hakikatnya, mereka sangat kaya dan hidup dengan kemewahan luar biasa. Bagaimana mereka boleh jadi begitu kaya? Buat kajian sendiri untuk lihat sendiri kehidupan mereka.
Inilah hakikat yang sangat pedih. Ahli Politik telah menjadikan negara ini menuju kehancuran kerana mereka ingin kekal berkuasa walaupun mereka gagal dan incompetent. Mereka tidak ada agenda yang jelas. Mereka pandai berkata-kata. Mereka pandai berlakon.
Sedarlah:
- Ahli Politik perlu dana untuk kekal berkuasa. Siapa danai mereka?
- Ahli politik perlu menjaga kuncu dan juak untuk kekal berkuasa. Itulah tujuan projek yang harga gila-gila !
- Ahli politik perlu pendekatan popular untuk kekal berkuasa. Mereka akan jaga Chinese Chambers, geng-geng Corporate dan Dong Zong untuk jaga orang Cina. Mereka akan sebut ketuanan Melayu untuk jaga orang Melayu. Inilah script yang diulang-ulang.
Apakah Jalan keluar kepada kemelut ini?