25.6 C
George Town
Sunday, March 16, 2025

Kilang bebola ikan bercampur kulit khinzir diserbu

Mesti Baca

KEPALA BATAS – Sebuah kilang pemprosesan bebola ikan di sini diarah tutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan selepas lipan, lipas, lalat dan najis tikus ditemukan di premis berkenaan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid yang mengetuai Ops Tegar berkata, selain lipas dan lalat yang hinggap pada makanan, pihaknya juga menemukan lipan di dalam tong penyimpanan barang mentah dan najis tikus di dalam stor penyimpanan barang di situ.

“Walaupun produk yang dihasilkan itu tidak halal, kami bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kebajikan masyarakat bukan Islam dalam membeli makanan yang selamat dan bersih.

“Ketika serbuan, kami dapati proses penghasilan (produk) di atas lantai dipenuhi dengan lalat dan lipas kerana tidak bertutup. Kami risau berlaku keracunan makanan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan serbuan di sini pada Isnin.

Pihaknya turut menemukan bungkusan produk bebola ikan yang dicampur dengan produk berasaskan khinzir yang tidak dilabelkan dalam bahasa Melayu yang melanggar Peraturan 10 Akta Makanan 1983, dan boleh mewujudkan kekeliruan antara pembeli kerana produk itu dijual di pasar basah seluruh Pulau Pinang.

Sumber : Sinar Harian

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru