Apabila Ahli Politik Menghancurkan Negara…

0
117

Malaysia mempunyai 3 sistem berjalan serentak untuk mentadbir negara ini.

  1. Sistem legilatif – Dewan Rakyat dan Dewan Negara
  2. Sistem judiciari – Menegakkan undang-undang
  3. Sistem eksekutif

Malaysia mengamalkan sistem politik demokrasi. Pemilihan ahli parlimen yang akan memainkan perananpenting dalam sistem Legislatif dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum. Ahli dewan Negara TIDAK dipilih oleh rakyat tetapi oleh parti/blok politik yang berkuasa.  Sistem Eksekutif dianggotai oleh ahli parlimen dari blok politik yang memenangi pilihanraya.

Eksekutif memiliki kuasa yang besar dan mempengaruhi lantikan badan  judiciari (kehakiman), nasihat perdana Menteri akan mempengaruhi perlantikan ketua Hakim Negara.

Jika dilihat, kuasa yang paling besar adalah pada ahli politik! Ahli Politik yang mencatur halatuju negara dan memimpin jentera kerajaan.

Inilah punca kerosakan negara apabila ahli politik yang tidak kompeten diberi kuasa yang besar. Menteri boleh dipilih memimpin kementerian walaupun HANYA  ada PMR/SRP atau SPM. Kelayakan akademik bukan syarat untuk jadi Menteri.  Sebagai contoh Dato Seri Ahmad BashahMd Hanipah mantan Menteri Besar kedah hanya memiliki Sijil Rendah pelajaran ( SRP). Md Sabu Ahli Parlimen Kota Raja dan mantan Menteri pertahan  juga tidak menamatkan pengajian kursus diploma Kulinari di ITM. Isu pemalsuan sijil juga menjadi isu hangat seketika dahulu,dakwaan program pengajian jarak jauh (PJJ) bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diikuti oleh mantan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya itu tidak wujud di Universiti Cambridge.

Bayangkan, hendak memohon menjadi kerani pun kena ada SPM dan melalui pelbagai temuduga dan ujian. Akhirnya apabila dapat jadi kerani, Alhamdulillah dapat gaji RM1500.

Bagaimana dengan pemimpin politik ?

Syarat mejadi ahli parlimen juga BUKAN pada kelayakan akademik atau pada kewibawaan akhlak atau sekurangnya sumbangan besar pada masyarakat. Syarat menjadi ahli parlimen hanya perlu lobi parti untuk mencalonkannya dan kempen sekuatnya untuk menang pilihanraya.

Gaji ahli politik yang bergelar Menteri adalah besar.  Gaji Ahli Parlimen + gaji Menteri + pelbagai  elauan. Mereka juga diberi pejabat bersama staf termasuk Setiausaha Politik, Setiausaha media dan pembantu peribadi. Cukup 5 tahun,mereka layak mendapat pencen! Ya hanya perlu berkhidmat 5 tahun untuk mendapat pencen seumur hidup.  Sangat mewah !

Apabila menang, Pemimpin Politik mempunyai kecenderungan untuk kekal berkuasa dan akan menyusun strategi untyk kekal berkuasa . Bayangkan pemimpin begini diberi kuasa, bermula kehancuran!

Sudahlah ahli politik tidak berwibawa, pemimpin agensi kerajaan dan GLC juga dilantik dikalangan balaci mereka yang hampir sama kelayakan dengan mereka. Semak sendiri siapa pengerusi semua agensi kerajaan. Semua ahli politik ! Mereka mendapat elaun bukan sedikit. Inilah yang heboh tempoh hari formula TS Muhidddin Yasin membeli Ahli Parlimen dengan memberi jawatan pengerusi GLC atau agensi kepada mereka. Beberapa hari lepas, Ketua Polis Negara TS Hamid Bahador meluahkan rasa “meluatnya” dengan ahli politik yang tunjuk pandai tentang integriti TETAPI mereka sendiri yang mengamalkan “rasuah Politik” . Inilah punca pentadbiran negara huru hara

Kuasa mereka mempengaruhi syarikat untuk mendapat tender jutaan ringgit, maka mereka akan dihimpit oleh taukeh-taukeh besar untuk “membeli” mereka dan mereka akan JUAL negara ini. Projek di cipta untuk menjaga kroni taukeh-taukeh. Inilah dunia Politik Malaysia.  Ahli politik Melayu jual tanah melayu, kepentigan melayu dan Islam. Apabila diatas pentas politik, merekalah juara memperjuangkan MELAYU dan ISLAM.

Hancurlah Negara apabila diserah kepada ahli politik sepenuhnya!

Sedarlah sebelum nasi menjadi bubur….

Dr Zaki Ibrahim

Ummah Pulau Pinang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here