24 C
George Town
Thursday, March 20, 2025

Dua beradik lemas terperangkap dalam pusaran Air

Mesti Baca

Tindakan seorang abang yang mahu menyelamatkan adiknya daripada lemas berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya ditemukan lemas di kawasan Air Terjun Sungai Sedim, di Kulim, Alor Setar pada Ahad.

Mayat Mohamad Syafiq Yusof, 33, dan adiknya Mohamad Syazwan, 25, berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.Mangsa dipercayai berkunjung ke air terjun berkenaan pada pukul 3.20 petang untuk mandi-manda bersama tiga rakan mereka. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, tragedi berlaku apabila air di kawasan lubuk kawah tempat mereka mandi tiba-tiba berpusar dan menenggelamkan kelima-lima sahabat itu.

“Empat daripada mangsa berjaya naik ke atas tetapi salah seorang daripada mereka didapati hilang disyaki lemas. Abang mangsa terjun semula ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka lemas.

“Penduduk kampung membantu mencari mangsa sebelum berjaya menemukan dua beradik itu yang tenggelam ke dasar sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Redzuan berkata, dua beradik itu telah disahkan meninggal dunia ketika dibawa naik ke permukaan air.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru