Home Kolumnis Reformasi Institusi Pendidikan Diperlukan Untuk Melahirkan Karamah Insaniah

Reformasi Institusi Pendidikan Diperlukan Untuk Melahirkan Karamah Insaniah

0
88

Kepelbagaian kepintaran dan kebolehan insaniah adalah kerencaman manusiawi yang menjadikan manusia unik dan berkemampuan untuk mengurus alam selaras dengan ayat ini. Inilah kehebatan dan kemulian manusia.

Karamah insaniah adalah satu falsafah yang menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia. Cabaran besarnya adalah untuk kaedah untuk menterjemahkan falsafah ini dalam sistem Pendidikan sedia ada. Sudah pasti cabaranya sangat besar. Perubahan dasar dan fundamental perlu dilakukan. Inilah agenda reformasi institusi yang dicanangkan oleh Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya. Inilah pelung untuk merombak sistem pendidikan yang sudah usang dan berpaksikan pencapaian akademik semata-mata. Sudah tiba masanya, Pendidikan Malaysia bersifat anjal dan dinamik. Tidak lagi kaku dan menilai juzuk kemampuan akademik semata-mata.

Falsafah karamah Insaniah ini bersesuaian dengan saranan yang dicerakinkan dalam ayat 70 Surah Al Isra.

Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (Surah al-Sira 17: 70).

Pendidikan adalah proses untuk mencungkil dan menggilap potensi insaniah dan memberi peluang untuk insan meneroka kebolehan masing-masing untuk dimanfaatkan dalam menguruskan alam ini. Pada awalnya, insan perlu dididik dengan ilmu asas yang menjadi asas kehidupan dan identiti setempat bersesuaian dengan kefahaman anutan agama dan nilai setempat.

Imam Al Ghazali menggariskan ilmu kepada dua kategori besar, iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Ilmu Fardu ain menjadikan matkamat pembelajaran mempunyai asas yang mampan. Ilmu fardu ain adalah ilmu yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunah atau dikenali sebagai ilmu Wahyu. Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam. Contoh:Al-Quran, Sunnah, Aqidah, Syariat dan Akhlak. Manakala, Ilmu Fardu Kifayah berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu dipelajari, dikaji dan dianalisis seperti ilmu Kemasyarakatan, Sains Biologi, Sains Fizik, Perubatan, Ekonomi, Senibina dan pelbagai ilmu lain.

Secara praktiknya, persekolahan atau pembelajaran peringkat asas adalah proses memberi kefahaman ilmu fardu ain, pembinaan akhlaq dan sahsiah yang unggul. Persekolahan pada peringkat ini berpaksi kepada pembinaan jati diri dan sahsiah. Ini adalah landasan mampan untuk dijadikan platform asas dalam melonjak proses seterusnya dalam meneroka ilmu fardu kifayah yang pelbagai.

Campur aduk proses pembelajaran pada peringkat asas persekolahan dengan pelbagai ilmu dan sasaran akan menyebabkan proses pembinaan karamah Insaniah terbantut dan sukar dicapai. Pendidikan pada peringkat awal persekolahan adalah fasa membina asas kefahaman tentang kehidupan. Subjek yang di ajar perlu diolah agar tidak bersifat rigid malah bersifat integrasi dan dinamik bersesuaian dengan kehidupan manusia yang rencam dengan kepelbagaian peristiwa dan watak kehidupan. Sebagai contoh, Pembelajaran pada peringkat usia 4-12 tahun memfokuskan kepada 2 teras sahaja iaitu Akhlaq Insaniah kebudayaan Kebangsaan dan ilmu Fardu Ain/Pembelajaran mengikut agama dan budaya etnik. Subjek dan silibus pembelajaran adalah bersesuaian dengan objektif umum iaitu pembinaan akhlaq Insaniah dengan identiti Kebangsaan.

Karamah Insaniah memerlukan reformasi insititusi Pendidikan

Agenda reformasi Pendidikan ini perlu bersifat menyeluruh dan hanya mempunyai SATU sistem Pendidikan Malaysia. Sudah tiba masanya Malaysia bersedia merombak institusi Pendidikan berasaskan etnik seperti sekolah Tamil atau Sekolah Cina kepada Sekolah satu aliran SAHAJA. Bahasa perantara persekolahan adalah Bahasa Melayu SAHAJA. Cadangan ini bukan menafikan hak Pendidikan Bahasa dan budaya etnik masing-masing tetapi di garap dan diurus secara inklusif dan menyeluruh. Sebagai contoh, Semua pelajar akan mempelajari teras (A) iaitu subjek dan silibus yang berobjektifkan pembinaan akhlaq insaniah dan kebudayaan kebangsaan. Semua subjek dan silibus diolah untuk melahirkan generasi Malaysia yang mempunyai akhlaq dan budaya kehidupan yang beridentitikan Malaysia

(A). Akhlaq insaniah dan kebudayaan Kebangsaan

  1. Kebolehan membaca, mengira dan menulis
  2. Penguasaan Bahasa
  3. Matematik asas
  4. Kebudayaan
  5. Sejarah
  6. Kesenian
  7. Sukan

(B) Fardu Ain dan Ilmu etnik

  1. Al Quran
  2. Sunnah kehidupan Nabi
  3. Ilmu Tauhid
  4. Seerah Rasul dan Sahabat
  5. Syariat
  6. Bahasa Cina/Tamil/Iban/Kadazan/etnik
  7. Budaya etnik setempat

Seterusnya, Pelajar akan mengikuti kelas teras (B) yang bermula pukul 12 hingga 3 petang. Subjek dan silibus digubal untuk pelajar-pelajar mempunyai kefahaman fardu ain yang mantap. Pelajar-pelajar bukan Islam akan mempelajari subjek dan silibus yang digubal untuk mendalami bahasa ibunda dan budaya etnik secara mendalam. Semua pembelajaran ini berlaku di tempat yang sama dan di bawah sistem pentadbiran yang sama.

Suda tiba masanya, anak Melayu, Cina, India dan etnik Sabah Sarawak belajar dalam kelas yang sama, bermain di padang yang sama dan makan bersama di kantin yang sama. Ini adalah langkah kehadapan dan berani dalam membina jatidiri Anak Malaysia.

Setelah menamatkan peringkat rendah, pelajar diberi peluang untuk meneroka bidang yang mereka minati dan mempunyai bakat. Pembelajaran di peringkat Menengah adalah pengkhususan seperti yang dinyatakan oleh Imam Al Ghazali sebagai ilmu duniawi / Fardu Kifayah.

Inilah reformasi institusi Pendidikan!

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here