30.7 C
George Town
Monday, October 14, 2024

Covid 19 : Urus diri dan keluarga mengikut neraca Islam

Mesti Baca

Pandemik Covid 19 dilihat oleh pengamal kesihatan dan juga lebih-lebih lagi oleh orang awam sebagai satu wabak yang tidak pasti bila penghujungnya. Bermula dari Mac tahun 2020 dan kini Januari 2021 bermula kembali PKP. Kegusaran masyarakat tidak dapat dibendung lagi, namun dari sisi yang lain ramai yang mula menyesuaikan diri menghadapi cabaran. Apabila menyebut aspek ‘penyesuaian diri’ sememangnya tidak dapat lari dari kita membicarakan berkenaan ‘pengurusan’. Pelbagai pakar dari pelbagai bidang mula mengutarakan pendapat berkenaan pengurusan dalam mendepani pandemik Covid-19. Ada sebahagian pakar ekonomi menyatakan bahawa inilah masa masyarakat untuk berjimat cermat ada juga pendapat yang menggusarkan lagi hati masyarakat dengan menyatakan bahawa akan lebih ramai yang mula menjual kereta dan melelong rumah. Ramai orang terlepas pandang dengan Pengurusan Menurut Perspektif Islam dalam menghadapi cabaran Covid 19.

Berikut pandangan Pengurusan Pandemik Covid 19 mengikut teras Islam yang diutarakan oleh seorang Pakar Perubatan Dr. Zaki Ibrahim.

  1. Pengurusan Kesihatan – Utamakan Jiwa
  2. Pengurusan Ekonomi Rakyat – melalui zakat dan infaq
  3. Pengurusan Jiwa- yakinlah dengan pertolongan Allah
  4. Pengurusan Kemanusiaan- Niat perlulah dengan tujuan mencari redha Allah S.W.T.

Dari keempat-empat perkara yang digariskan ini, kita dapati tiada langsung erti putus asa dalam konsep Pengurusan Islam. Moga kita terus berusaha dan terus berusaha disamping terus mengharapkan keredhaan Allah diatas muka bumi Allah S.W.T.

Sumber : Dr Zaki Ibrahim

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru