Ramai yang terpedaya bahawa butang ‘whatsapp update’ boleh menyebabkan scammer boleh memecah masuk dan mengambil data peribadi. Namun ramai yang tidak menonton penuh dan memahami apa yang sebenarnya berita disampaikan oleh penyampai berita Nur Jamalina Jamali. Berita yang disampaikan adalah berkenan modus operandi penipuan dengan memperdaya pengguna agar menyerahkan nombor TAC bagi tujuan pencurian wang dan data peribadi. Penyebar berita palsu berkenaan telah memohon maaf diatas sebaran tersebut. Manakala butang whatsapp update merupakan variasi baru aplikasi whatsapp untuk memberitahu pengguna aplikasi tersebut telah di’update’.
Pautan asal : https://www.youtube.com/watch?v=0YzoLwwbyXE
Sumber hotfm/youtube