Pesta perebutan kuasa kembali mewarnai bumi Malaysia. Pelbagai ragam politik dan percaturan kuasa akan menjadi drama harian sehingga keadaan kembali stabil. Jangkaan saya:
- Pertembungan 3 kuasa politik utama tidak dapat di elakkan. BN VS PH VS PH
- Tawaran politik stabil menjadi agenda utama BN
- Kesatuan Ummah dan politik sederhana menjadi agenda PN
- Reformasi dan kerajaan bersih menjadi agenda utam PH
- Saya jangkakan GTA akan bermasalah dan mungkin hilang wang pertaruhan
Persoalan saya.
Bagaimana dengan perjuangan agenda Islam?
Rakyat hari ini bertarung dengan ekonomi yang menghimpit pasca pandemic Covid-19. Apakah mood pengundi kali ini lebih mengutamakan agenda ekonomi dan kestabilan politik? Rakyat sudah dididik dengan politik pentingkan agenda sosioekonomi dan anti rasuah sejak 10 tahun yang lepas. Pilihanraya 14 membuktikan peperangan dengan bermodalkan 1MDB telah meruntuhkan kerajaan BN yang berkuasa sejak merdeka.
Agenda Islam, politik Islam dan hukum Islam sudah sepi sejak sekian lama. Inilah kerisauan utama kerana generasi muda yang baru mengenal pilihanraya akan mencari kumpulan politik yang memberi habuan dan janji yang menguntungkan sosioekonomi. Janji penuruann harga minyak, tol dan kenaikkan gaji pasti akan menarik minat ramai. Agenda Islam, perjuangan pembangunan berteraskan Islam siapa yang akan bawa?
Marilah kita menilai dengan neraca iman. Kita akan ditanya kepada siapa kita memberi wala’ untuk memimpin!

Penilaian saya.
Dunia hari ini bergerak menuju politik sosioekonomi. Percaturan kuasa politik barat sudah lama berkisar kepada agenda sosioekonomi semata-mata. Agenda ideologi sudah menjadi asing. Perkara sama berlaku di bumi Malaysia. Masyarakat sudah lama tidak mendengar agenda Islam secara jelas. Agenda hukum Islam. Agenda Islam vs Taghut. Masyarakat dihidang dengan agenda good governance, anti rasuah dan keadilan.
Akhirnya, agenda Islam menjadi agenda yang asing dan “tidak laku” untuk di bawa dalam medan pilihanraya. Agenda Islam perlu dibawa dengan jelas dan nyata. Apabila agenda Islam dibawa dengan kesungguhan yang tinggi. Keadilan, good governance dan anti rasuah dengan sendiri akan terangkum dalam agenda Islam yang membina pemerintahan atas dasar “ihsan”.
Pemimpin Islam perlu tonjolkan kewibawaan dengan agenda Islam. Pemimpin Islam perlu bersedia memimpin gabungan parti politik dengan agenda Islam.
Dr Zaki Ibrahim
Pengerusi Pembangunan Ummah Pulau Pinang