25 C
George Town
Saturday, July 13, 2024

Tun Rahah – Ibunda Datuk Seri Najib meninggal dunia.

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Ibunda kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke- 6, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tun Rahah Mohd Noah telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Perkara itu dikongsikan Dato Seri Najib menerusi laman Facebook dan Twitter beliau pada hari ini.

“Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada,” katanya.

Beliau sekeluarga kini sedang berada di hospital.

“Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini” kata beliau lagi.

Sebelum ini, Tun Rahah, 87, yang merupakan balu kepada Perdana Menteri ke-dua, Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein menjalani rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur selepas dilaporkan kurang sihat.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut perkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah.

Al-Fatihah untuk Tun Rahah binti Mohd Noah.

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru