Home Berita Banjir Kelantan: 289 mangsa banjir di 11 PPS

Banjir Kelantan: 289 mangsa banjir di 11 PPS

0
221
Adik Iza Wan Zin, 12, (depan) bersama rakan-rakan mengayuh basikal meredah takungan air ketika tinjauan banjir di Kampung Repah di Tanah Merah hari ini. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 289 mangsa membabitkan 76 keluarga sehingga jam 6 petang ini.

Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Krai mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 213 mangsa diikuti Tanah Merah, 53 mangsa dan Pasir Mas 23 orang.

Kuala Krai mencatatkan tujuh PPS iaitu SK Banggol Guchil dengan 65 mangsa, Sungai Embak (39); SK Chenulang (31); Masjid Lama Keroh (28); SK Bedal dan Madrasah Kampung Sepuluh masing-masing (15) dan Pejabat Veterinar (14).

Tanah Merah pula mencatatkan tiga PPS iaitu SK Kelewek yang kini menempatkan 20 mangsa; Balairaya Padang Kijang (18) dan dan SK Lawang (15).

Sementara itu, Pasir Mas membabitkan PPS SK Kubang Kual yang menempatkan 23 mangsa daripada lapan keluarga.

Sumber : Berita Harian Online

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here