30.7 C
George Town
Monday, October 14, 2024

SEJARAH PERLU JADI “CERMIN PANDANG BELAKANG”

Mesti Baca

‘Denial Syndrome’ berlaku apabila nafikan realiti dan fakta sejarah. Seolah-olah sejarah lalu adalah suatu dosa yang perlu dikikis dan dipadam. Seolah-olah , sejarah tiada nilai dalam mematangkan kita dalam membina sesuatu yang lebih baik pada hari ini.

Sejarah akan menjelaskan siapa kita semua tanpa kita nafikan sesuatu yang benar. Kita tak mampu memadam kebenaran dengan kepura-puraan yang dibuat-buat atas pelbagai teori manis yang diimport secara ‘copy paste’. Kepura-puraan yang dijadikan asas untuk membina generasi kini kelak bagaikan bom jangka kelak akan meletup. Bahkan ia akan terus menghantui sebarang usaha ke arah perpaduan nasional untuk Malaysia.

Kita akan jadi hipokrit walaupun disalut dengan segala kosmetika idea kesakmaan yang kita ciplak secara ‘tranplant’ daripada dunia luar daripada realiti rantau kita. Menilai sejarah secara jujur , telus dan terus terang tidak wajar ditafsirkan sebagai suatu penghinaan. Istilah ‘pendatang’ sentiasa difahami dengan konotasi negatif oleh bangsa-bangsa yang pernah dimangsakan di era kolonial.

Kenapa sukar untuk melihat kehadiran bangsa lain ke rantau bertuah di Alam Melayu sebagai suatu ‘hijrah’ demi meneruskan survival hidup dalam tekanan permainan politik kolonial pada zaman tersebut. Mereka adalah tetamu.

Kita semua tanpa mengira bangsa di dalam Malaysia ini sentiasa saling prejudis.

Di suatu permukaan ‘coin‘ yang lain. Istilah tetamu perlu dihadam dengan baik. Adalah tidak wajar jika memadam sejarah tentang posisi ‘tetamu’ yang telah dirangkum kemas seperti kefahaman generasi lalu.

Tak wajar juga jika ‘tetamu’ yang tidak majoriti bersikap berleluasa tanpa menghormati sensetiviti persekitaran budaya pribumi asal. Ya kita tak harus juga berkompromi dengan mana-mana pihak walaupun daripada warga keturunan asal yang bersifat melampau dan menindas mana-mana sesiapa saja atas alasan mereka hanya sekadar ‘tetamu’ .

Pokoknya di sini , bukan soal pertembungan ‘warga asal’ vs ‘tetamu’. Soal utama adalah tentang siapa yang melampau. ‘Warga asal’ yang merupakan kelompok majoriti seharusnya menjadi ‘payung kesejahteraan’ . ‘Warga tetamu’ pula perlu menjadi rakan setia yang bersama-sama berperanan memelihara keharmonian hidup bersama dalam sebuah negara berdaulat ini.

Sesiapa sahaja yang melampaui persefahaman asal dalam kontrak sosial itu sebenarnya adalah duta kejahatan yang perlu dibanteras. ‘Warga tetamu’ yang dilihat daripada konotasi sejarah ini bukanlah suatu penghinaan atau penindasan.

Bahkan sebenarnya pendekatan status ‘bumiputera’ atau tidak , adalah resepi yang ada ketika ini untuk kita sentiasa dapat hidup bersama secara harmoni.

Bukan bumiputera di Malaysia dulu hingga kini sentiasa mempunyai yang hak wajar dalam konteks negara yang ada. Inilah yang telah termaktub dalam janji-janji leluhur kita dahulu membulat muafakat bagi membentuk negara ini bagi mencapai kemerdekaan.

Apakah telah ramai generasi Malaysia kini telah lupakan sejarah ini? Atau masih bersifat sindrom ‘denial’ dek rasa kesumat penting diri yang kita bimbangi beragenda rasis di dalam sanubari (closet racist). Inilah pentingnya untuk kita bersikap adil dengan sejarah lalu tanpa bersikap selektif yang penuh sindrom ‘denial’ beragenda kesumat tertentu.

Walaubagaimanapun, sejarah mesti sekurang-kurangnya berfungsi sebagai ‘cermin pandang belakang’ untuk mengakui permuafakatan leluhur kita yang telah berjanji setia suatu ketika dahulu. Perit atau pahit itulah sejarah. Akuilah sejarah, genggam eratlah persefahaman asal tanpa sebarang agenda untuk merobeknya kembali, kerana itulah resepi keharmonian kita selama ini.

Sesungguhnya kita di bumi Malaysia , bukan di tanah Amerika syarikat yang mempunyai realiti sejarah dan sistem nilai berbeza daripada kita. Kita anak Malaysia, kita punya sejarah tersendiri dan resepi keharmonian tersendiri. Hargai keamanan yang telah lama terjalin supaya tidak terjerumus kepada “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”.

Semoga coretan ini, membuka wacana dialog harmoni dengan seruan keikhlasan membina perpaduan rakyat Malaysia.

Zikrullah Ismail

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru