33 C
George Town
Sunday, July 14, 2024

PBA naik tarif air melebihi 120%

Mesti Baca

Pengguna air domestik di Pulau Pinang akan berdepan kenaikan tarif dua kali ganda bermula 1 Februari depan selepas pihak berkuasa air negeri itu menaikkan kadar tarif air mereka.

Menurut laman berita rasmi kerajaan negeri, Buletin Mutiara, kadar tarif baru itu akan menyaksikan pengguna dicaj RM0.50 bagi setiap meter padu untuk 20 meter padu pertama, berbanding kadar semasa sebanyak RM0.22.

Pengguna yang menggunakan lebih daripada 20 meter padu sebulan juga akan mengalami peningkatan kadar tarif, dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengenakan caj RM1.10 bagi setiap meter padu untuk 15 meter padu seterusnya, manakala RM2 bagi setiap meter padu yang melebihi 35 meter padu sebulan.

Ini merupakan peningkatan ketara berbanding kadar semasa, dengan pengguna hanya perlu membayar RM0.46 bagi penggunaan antara 20 hingga 40 meter padu sebulan, dan RM1.30 untuk penggunaan melebihi 40 meter padu. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata PBAPP dijangka akan meraih sejumlah RM86 juta setahun dengan pelarasan tarif ini.

Sebagai bandingan, pengguna air domestik Sabah hanya perlu membayar RM0.30 bagi setiap meter padu untuk 10 meter padu pertama, sementara pengguna yang melebihi 60 meter padu sebulan dikenakan caj sebanyak RM1.30 bagi setiap meter padu.

Pengerusi Pertubuhan pembangunan Ummah Pulau Pinang, Dr Zaki Ibrahim menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk mengkaji semula tarif air ini dan mengambil pendekatan berani untuk menjadikan sumber air sebagai perkhidmatan percuma untuk 10 meter padu pertama. Ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang menjaga kebajikan rakyat. Ramai rakyat Pulau Pinang akan terkesan dengan kenaikan ini walaupun kerajaan Pulau Pinang telah memberikan subsidi kepada pengguna yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar (pendapatan bulanan RM1,035 dan ke bawah) dan isi rumah B40 dengan kurang daripada lapan orang ahli keluarga. Cadangan pemberian 10 meter padu pertama secara percuma ini akan memanfaatkan ribuan keluarga terutama kepada keluarga yang berada di kelompok bawah M40.

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru