28 C
George Town
Tuesday, July 16, 2024

Siapa bela nasib peniaga Pulau Pinang sepanjang PKP?

Mesti Baca

Apa nasib peniaga jika Covid-19 berterusan sehingga Aidilfitri? Penularan koronavirus (Covid-19) ke negara kita menjejaskan banyak perniagaan melibatkan pelbagai sektor lebih-lebih lagi selepas kerajaan menguatkuasakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 13 Jan 2021.

Rata-rata pengusaha terutamanya yang terlibat dalam sektor perniagaan makanan mengeluh panjang kerana perintah tersebut menyebabkan mereka kehilangan jualan.

Segelintir pengusaha yang ditemui di sekitar Seberang Perai mengaku mereka kehilangan lebih 70 peratus jualan harian dalam tempoh hari pertama PKP dilaksanakan.

Malah, tidak kurang juga yang membuat andaian sendiri akan menutup perniagaan jika keadaan berterusan kerana tidak lagi mampu menampung kos sewa premis, gaji pekerja dan modal barangan basah dalam keadaan aliran tunai tidak memberangsangkan.

Seorang Pengusaha restoran di Bertam, Pak Wan berkata, beliau menjangkakan hanya mampu bertahan selama sebulan sekiranya pelaksanaan PKP diteruskan.

Walaupun berusaha mengubah strategi bisnes dengan menjual makanan secara pesan bungkus melalui platform Foodpanda namun beliau menjelaskan cara tersebut mampu menampung 30 peratus sahaja kos harian operasi restorannya.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan untuk tutup perniagaannya sekiranya perniagaan makanan yang diusahakan sejak dua tahun lalu itu terus menyusut.

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang menjangkakan lebih 40 peratus perniagaan lingkup jika Covid-19 berterusan.

Perangkaan tersebut diperoleh hasil kaji selidik terhadap 239 responden melibatkan syarikat pemula niaga dan usahawan sosial dalam pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman. Dianggarkan, sebanyak 46.4 peratus perusahan akan gulung tikar jika Covid-19 berterusan sehingga Aildilfitri 2020. Jelasnya, hanya 2.9 peratus responden yakin dapat mempertahankan perniagaan diceburi lebih 12 bulan.

Sememangnya ramai pengusaha bisnes tidak menyangka PKP 2.0 diistiharkan semula dan mereka sangat risau jika tempoh 2 minggu ini dilanjutkan lagi.

Ramai mula termenung memikirkan kos yang perlu ditanggung dalam keadaan bisnes semakin menguncup dan aliran tunai semakin lemah. Siapakah yang akan membantu peniaga-peniaga kecil ini? Mereka merasakan seperti tidak ada yang ambil tahu nasib mereka. Dewan Pernigaan Melayu Pulau Pinang masih membisu.

Meskipun kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif kepada pemilik perniagaan agar bertahan namun usaha tersebut hanya pada PKP 1.0 pada March 2020 dan dikatakan tidak 100 peratus membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan oprasi perniagaan masing-masing yang berlarutan hingga 2021.

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru