Tahun 2021 bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Saban tahun kita akan ada azam tahun baru. Ini adalah budaya yang bagus yang selari dengan tuntutan agama untuk kita meningkatkan diri kita lebih baik dari hari semalam. Walaupun ramai yang dah muak dengar azam tahun baru malah ramai dah tidak lagi berazam kerana azam tahun-tahun lepas pun masih banyak tidak tertunai , saya merasakan ini adalah mood yang salah untuk kita mulakan pada tahun 2021.

Setiap hujung tahun saya akan buat retreat keluarga untuk review performance pada tahun itu dan mula planning untuk tahun berikutnya. Selalunya company besar-besar akan buat quarter report dan annual report kerana nak kejar keuntungan lebih besar. Saya cadang kita buat perkara yang sama untuk keluarga dan diri sendiri. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk kita identify isu dan perkara yang perlu kita baiki dan fokus kepada target yang kita setkan bersama anak-anak. Ini adalah usaha kita…..ayat popular – If you don’t have a plan, You plan to fail.

Kaedah terbaik adalah buat bersama anak-anak agar nampak kebersamaan kita sebagai sebuah kelurga yang mempunyai misi bersama.

Saya kongsikan template yang saya buat untuk memudahkan dokumentasi. Ya dokumentasi !. Perancangan perlu detail dan bertulis/bertype. Print ! Lekat ! Baru nampak bersungguh.

Ini adalah usaha kita untuk bina diri yang lebih baik dan ahli keluarga kita menjadi lebih hebat. Moga Allah berkati usaha kita

Nama AnakHafazanAkademikKewanganAkhlaqBacaan Buku 
             
         
        
        
        
SASARAN TAHUNAN UNTUK BAPA/IBU/ANAK-ANAK

OBJEKTIFSTRATEGIPELAN TINDAKANINDIKATORSASARAN
cth -MENINGKATKAN HAFAZAN 
   
cth – MENCAPAI AKADEMIK CEMERLANG    
cth – KEPIMPINAN   
   
cth – SIMPANAN KEWANGAN  
  
INI ADALAH TEMPLATE INDIVIDU

Dr Zaki Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here