Georgetown, Ayer Itam – Sebuah Restoran Nasi Kandar yang terkenal di Malaysia, Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu telah diberi Notis Perintah Tutup Premis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Penutupan sementara itu sebagai langkah kerja-kerja mencegah wabak dari merebak. Penutupan sementara menyebabkan ramai peminat tegar Nasi Kandar Kg.Melayu merasa sedih kerana tidak dapat merasai kelazatan Nasi Kandar tersebut bermula 14/1/2021. Walaubagaimanapun peminat-peminat Nasi Kandar sangat mengharapkan Restoran Nasi Kandar tersebut dibuka semula nanti. Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19 di Pulau Pinang