Terdapat laporan daripada beberapa kariah bahawa unsur pengaruh luar, termasuk campur tangan pihak berkepentingan politik, telah memainkan peranan dalam proses penyusunan senarai Ahli Jawatankuasa masjid.
Dalam beberapa kes, dilaporkan bahawa usaha tertentu telah dibuat untuk mencadangkan semula individu yang tidak mendapat sokongan majoriti semasa mesyuarat agung pencalonan, bagi mengisi jawatan utama masjid. Keadaan ini menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa proses pelantikan tersebut lebih dipengaruhi pertimbangan politik berbanding semangat amanah dan syura jamaah.
proses pelantikan AJK masjid tidak lagi mencerminkan suara sebenar jamaah, sebaliknya membuka peluang kepada pelantikan berdasarkan kepentingan tertentu dan bukan atas asas syura, amanah, dan integriti sebagaimana dituntut oleh Islam.
Situasi ini telah menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap keadilan pentadbiran agama negeri serta menimbulkan kesan negatif terhadap perpaduan umat dan keharmonian di peringkat kariah.
Kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan bahawa proses pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2026–2028 akan dijalankan secara telus dan tanpa campur tangan tidak wajar. Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid menyatakan bahawa pemilihan akan mengikut tatacara ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Persoalannya, kenapa sekarang dilakukan mengikut garis panduan ini? Apakah alasannya? Bukankah kaedah ini membuka ruang spekulasi yang sangat luas?



