Home Kolumnis Kebudayaan Masjid Kapitan Keling tinggi nilai estetika

Masjid Kapitan Keling tinggi nilai estetika

0
150

MASJID Kapitan Keling di tengah-tengah pusat bandar raya Georgetown sepatutnya menjadi antara destinasi yang patut dikunjungi oleh pelawat atau pelancong yang mengagumi nilai estetika dan sejarahnya.

Dari segi sejarahnya, Kompleks Masjid Kapitan Keling dibina dalam kawasan luas pemberian tentera Syarikat Hindia Timur apabila mereka tiba di negeri ini pada akhir abad ke-18.

Masjid asal yang dibuat daripada batu-bata didirikan atas permintaan ketua kaum India Muslim iaitu Kader Mydin Merican atau nama sebenarnya Caudeer Mohudeen yang digelar Kapitan Keling atau penghulu masyarakat India Selatan.

Disebabkan penduduk India Muslim di Pulau Pinang pada ketika itu bertambah ramai, sebuah masjid yang lebih besar diperlukan.

Justeru, Kader Mydin memohon sebidang tanah yang luas daripada Syarikat Hindia Timur untuk didirikan masjid yang baharu dan kerja pembinaan dilakukan dengan segera apabila buruh dan bahan binaan dari India dibawa masuk.

MASJID Kapitan Keling terus popular termasuk dalam kalangan pelancong. - Foto Adi Safri
MASJID Kapitan Keling terus popular termasuk dalam kalangan pelancong. – Foto Adi Safri

Ikonik popular dalam kalangan pelancong

Bagaimanapun, selepas kematian Kader Mydin pada tahun 1834, tanah masjid itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian daripada pemberian asal Syarikat Hindia Timur.

Jalan awam yang berselirat dan kawasan perumahan yang dibina di sekeliling masjid, secara tidak langsung mengurangkan keluasan tanah masjid.

Masjid yang ada sehingga hari ini adalah masjid asal yang dibangunkan di atas keluasan tanah yang dikurangkan itu.

Masjid Kapitan Keling yang terletak di kawasan tumpuan umum, memberi peluang kepada pelancong asing yang lalu-lalang, ‘berselfie’ berlatar belakangkan bangunan warisan berkenaan. Begitu juga bas persiaran naik turun yang bertali-arus mengambil penumpang di hadapan kompleks masjid, sekali gus menjadikan bangunan ikonik itu terus popular dalam kalangan pelancong.

Kelihatan juga pelancong asing menaiki beca mengelilingi Masjid Kapitan Keling untuk menikmati keindahan dan keunikan binaannya daripada segenap sudut.

Selain itu, koordinator perjalanan kami ke bangunan bersejarah berkenaan ialah Hikers Climber Adventure Team Sdn Bhd (HCAT). 

KOMPLEKS Masjid Kapitan Keling dibina dalam kawasan pemberian tentera Syarikat Hindia Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18. - Foto Zulaikha Zainuzman
KOMPLEKS Masjid Kapitan Keling dibina dalam kawasan pemberian tentera Syarikat Hindia Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18. – Foto Zulaikha Zainuzman

FAKTA

  • Lokasi Masjid Kapitan Keling yang terletak di Lebuh Pitt (kini dikenali sebagai Jalan Masjid Kapitan Keling).
  • Diakui sebagai masjid tertua di Pulau Pinang, sekali gus menjadi produk pelancongan popular di Pulau Mutiara itu kerana nilai sejarahnya.
  • Kubah berbentuk menara melambangkan seni bina Islam yang dipengaruhi oleh unsur dari India.
  • Kompleks masjid hari ini dilengkapi menara dan kubah lebih baik hasil daripada beberapa kerja pembesaran bangunan masjid pada awal abad ke-20.
  • Kini, Masjid Kapitan Keling adalah pusat ibadat bagi kaum India Muslim di Pulau Pinang. Mereka menetap dan bekerja di persekitaran masjid berkenaan dengan nilai sejarah yang berlanjutan sejak ratusan tahun dahulu.

FAKTA NOMBOR

1801 – Tahun masjid mula dibina

1903 – Tahun keluasan tanah masjid dikurangkan

215 – Usia masjid hingga hari ini

Sumber berita dari Berita Harian.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here