Ideologi Sekularisme adalah satu bentuk ajaran yang memisahkan agama dari kehidupan (faslu deen ‘anil hayah). Ideologi Sekularisme adalah IDEOLOGI KUFUR yang tertegak atas dasar pemisahan agama dari kehidupandan dan menjadi akidah kepada ideologi ini. Penganut pegangan ini berpendapat bahawa manusia berhak membuat peraturan (undang-undang) hidupnya sendiri. Mereka mempertahankan kebebasan manusia yang terdiri dari kebebasan berakidah/beragama (freedom of religion), kebebasan berpendapat (freedom of opinion), kebebasan hak milik (freedom of ownership) dan kebebasan bertingkahlaku (personal freedom). Dari kebebasan hak milik ini lahirlah sistem ekonomi kapitalis, yang termasuk perkara paling menonjol dalam ideologi ini atau yang dihasilkan oleh kefahaman ini. Oleh itu, ideologi ini menghasilkan demokrasi secara total dimana manusia berhak membuat peraturan (undang-undang) sendiri tanpa perlu merujuk kepada rujukan agama.
Demokrasi adalah meletakkan rakyat sebagai sumber kekuasaan. Rakyat yang membuat undang-undang (melalui wakilnya). Rakyat jugalah yang menggaji ketua negara untuk menjalankan undang-undang yang telah dibuatnya. Rakyat berhak mencabut kembali kekuasaan itu dari ketua negara, sekaligus menggantikannya termasuklah merubah undang-undang sesuai dengan kehendaknya.
Barat telah mempelopori dan landasan kapitalisma, sekularisma dan demokrosi total ini.Apa yang mereka lakukan adalah memisahkan agama dari kehidupan. Berdasarkan hal ini, maka akidah yang dianut oleh Barat secara keseluruhannya adalah sekularisme, iaitu pemisahan agama dari kehidupan.
Islam sama sekali tidak memisahkan agama dari kehidupan. Idea ini dibawa dan dikembangkan oleh Barat ke dunia Islam setelah mereka mula menjajah Negara Islam. Setelah berjaya menakluk negeri-negeri umat Islam (termasuk Malaysia) penjajah kuffar Barat terus menancapkan sistem pemerintahan sekular mereka di setiap wilayah umat Islam. Sistem dan undang-undang Islam yang sedia ada dibuang lalu diganti dengan sistem dan undang-undang mereka yang dikenali sebagai sistem demokrasi. Barat lalu melantik ejen mereka dari kalangan penguasa Muslim dan mengajar penguasa ini memerintah dengan cara membuat undang-undang sendiri, sesuai dengan kaedah berfikir mereka yang memisahkan agama dari kehidupan. Maka para penguasa yang telah terbius dengan pemikiran kufur ini pun mula memerintah dengan cara yang diajar oleh Barat dan terus meninggalkan Islam dari pemerintahan. Inilah yang berlaku dari satu generasi ke satu generasi di mana pemerintahan negara umat Islam, walaupun telah merdeka dari penjajah,namun terus-menerus dikuasai oleh puak sekular sehinggalah ke hari ini.
Apakah kita lupa tentang amaran Allah Melaksanakan hukum Allah di dalam pemerintahan adalah suatu yang wajib secara qath’ie (pasti/tegas). Allah SWT berfirman,
“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang yang kafir” [ al-Ma’idah (5):44].
Selain golongan penguasa dan legislatif sebagai pemegang otoriti untuk menerapkan hukum, dari sudut rakyat, walaupun rakyat bukanlah orang yang berkuasa untuk menerapkan hukum, namun sama sahaja dari segi bahaya ancaman akidah yang wujud. Di dalam Surah at-Taubah (9) ayat 31, Allah SWT telah mengingatkan kita tentang kerosakan akidah golongan Yahudi dan Nasara,
“Mereka menjadikan rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan selain Allah”.
Ketika Rasulullah SAW ditanya bagaimanakah mereka menjadikannya sebagai Tuhan, baginda menjawab, “Mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, lalu mereka (orang bawahan) mentaatinya”
Ketahuilah wahai kaum Muslimin bahawa para sistem kehidupan hari ini merupakan ‘kepala’ kemungkaran. Sistem yang mereka terapkan adalah sumber kepada segala kemungkaran. Rasulullah SAW berpesan kepada kita,
“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu (hendaklah ia mengubahnya) dengan lisannya, jika tidak mampu, dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman” [HR Muslim]. Di dalam riwayat lain disebut,“Dan di luar itu sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”. Justeru, apabila seorang Muslim itu lemah untuk merubah dengan tangannya, maka ia tidak boleh lemah untuk merubah dengan lisan dan hatinya. Apabila dia tidak pernah membenci kemungkaran yang dilakukan oleh dalam kehidupan hari ini dan tidak pula mengingkarinya di dalam hati, maka sudah tidak ada lagi sedikitpun keimanan dalam dirinya, dengan kata lain hatinya telah dipenuhi kekufuran.
Selain sekularisme, ancaman liberalisme dan pluralisme juga sama bahayanya. Ancaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme merupakan senjata ampuh puak kuffar Barat dalam menggelincirkan akidah umat Islam
Justeru, fikirkanlah